Showing posts with label Appetizer. Show all posts
Showing posts with label Appetizer. Show all posts

Saturday, April 20, 2013

Tip: Teknik Summary then zoom in (ringkasan Dan kemudian fokus kedalam)

Assalamualaikum..
Kali ini saya nak berkongsi satu Teknik yang saya namakan "Summary then zoom in" atau dalam bahasa Malaysia saya terjemahkan kepada ringkasan Dan kemudian fokus ke dalam.
Teknik ini amat hebat dan mampu memberi informasi yang cepat kepada pengguna.
Sebelum kita pergi lebih jauh, suka saya ingatkan di sini yang database yang terbaik adalah database yang datanya adalah terperinci bukan ringkasan. Contoh paling senang apabila kita merekodkan tentang perbelanjaan harian kita, yang terbaik adalah kita merekodkan tarikh dan masa transaksi itu berlaku, kategori, perihal transaksi itu, jumlah dan sebagainya yang berkenaan.  Cuba elakkan menjumlah/meringkaskan kepada hari minggu atau bulan mengikut kategori tertentu. Kenapa? Sebab apabila kita sudah memasukkan sesuatu secara terperinci, secara logiknya kita akan dapat membuat ringkasan mengenainya nanti. Tapi apabila kita meringkaskan data dan memasukkan kedalam database kita, secara logiknya itulah data yang paling terperinci yang kita ada.
Jadi apabila orang bertanya berapa kali transaksi yang berlaku dalam satu hari tertentu atau purata transaksi sehari kita akan dapat menjawabnya dengan tepat.
Berbalik pada kaedah tadi, kita  perlu memaparkan ringkasan (jumlah) mengenai sesuatu perkara/kategori dan apabila kita klik pada kategori tertentu kita akan dapat melihat sesuatu yang lebih terperinci.  Dibawah saya lampirkan beberapa contoh yang dipakai oleh laman web popular. Perkara yang sama boleh dilakukan dalam MS Access.

<Penerangan>
1. Motor Trader page ada satu summary page untuk kereta terpakai, untuk menyenangkan pengguna, motor trader telah mengkategorikan mengikut Nama Pengeluar (Seperti BMW, Toyota, Honda dan sebagainya..).
Disebelah Nama Pengeluar ada Nombor dalam Kurungan (seperti BMW (749), Chevrolet (34) dan sebagainya)
2. Nombor didalam braket itu sebenarnya bilangan kereta yang diiklankan mengikut jenis Pengeluar. Jadi Bermakna untuk BMW terdapat 749 kereta yang diiklankan dan untuk Chevrolet sebanyak 34 kereta.
3. Pengguna yang berminat untuk mendapat matlumat lanjut senarai kereta yang diiklankan untuk Pengeluar Tertentu boleh click kepada nama Pengeluar tadi dan seterusnya senarai penuh (details list) page akan muncul seperti ditunjukkan dalam figure selepasnya untuk kereta BMW. (Nota: bagaimanapun saya ada nampak kecacatan dari segi jumlah yang ditunjukkan di summary page(749 item) berbanding dengan details page (445 item) tidak sama)
4. Perkara yang sama juga kita dapat lihat pada lelong.com page dimana contoh disitu kita klik pada kategori  Apple Iphone (457) dan seterusnya details page hanya memeparkan item berkaitan dengan Iphone.
Motor Trader- Summary Page
Motor Trader - Details Page after Zoom in aka Click  on BMW(749)
Lelong.com Summary Page 



Lelong.com Details Page (After Zoom In or Click on Apple Iphone (457))
<Langkah Membuat Teknik "Summary and Zoom-In" dalam Access">
Langkah2 untuk membuatnya saya ringkaskan seperti berikut.
(Nota: Saya akan menggunakan data yang dibuat dalam entry sebelumnya berkenaan dengan bajet bulanan.)

Langkah 1: Buat summary query untuk jumlah bajet bagi tarikh senarai yang sama .
Langkah 2: Buat form baru (Namakan "Homepage") dan masukkan summary query yang dibuat tadi kedalam (sub form ni Namakan "BajetSmryFrm")
Langkah 3: Buat form baru (Namakan BajetMthly) untuk senarai terperinci bajet.
Langkah 4: Assign makro khas kepada jumlah atau tarikh senarai
Saya ulang apa yang kita inginkan adalah apabila kita klik atas jumlah tertentu atau tarikh senarai kita akan dapat melihat segala perincian untuk tarikh senarai yang dipilih sahaja.
Langkah 1 hingga 3, boleh rujuk kepada entry yang terdahulu. Saya telah letakkan link untuk memudahkan urusan melompat kepada entry yang berkaitan.
Hasil dari langkah 1 hingga 3 Seharusnya seperti Berikut.
Hasil Daripada Langkah 1 hingga 2

Saya akan terangkan tentang langkah 4.
Kita akan membuat satu makro yang mengandungi arahan dalam bahasa yang senang di fahami adalah seperti berikut.
"Buka form senarai bajet dan paparkan (semua) data dimana tarikh senarai adalah bersamaan dengan tarikh senarai yang kita klik padanya."
Daripada ayat diatas kita ada 2 ayat penting yang telah saya gariskan seperti berikut;
1. Buka form (open form) yang bernama senarai bajet.
2. Paparkan semua senarai hanya untuk tarikh yang berkenaan sahaja(condition dimana tarikh senarai sama dengan tarikh senarai yang dipilih dalam form)


Makro Kita adalah Seperti Di Bawah- Rahsianya ada Pada "Where Condition"
<Penerangan>
1. Makro Ini Kita Assignkan pada "Sum of Jumlah"- rujuk pada figure Hasil Daripada Langkah 1 hingga 2 di atas.
2. Apabila kita Klik pada "Jumlah" tertentu yang kita pilih nanti, contohnya kita klik pada jumlah "RM5130.00" yang "Tarikh Senarai" nya adalah pada 1 Jan 2012. Berdasarkan Makro di atas, form "BajetMthly" akan dibuka dan semua perincian untuk tarikh 1 Jan 2012 saja akan dipaparkan.

3. Maksud Where Condition

[BajetSmry]![Tarikh Senarai]=[Forms]![HomePage]![BajetSmryfrm].[Form]![Tarikh Senarai] 

Bermaksud "Tarikh Senarai"="Tarikh Senarai" yang kita lihat pada form dimana berkaitan dengan RM5130.00 yang kita klik tadi. (tarikh senarai berubah mengikut dimana kita klik)

<Hasilnya>
Hasil yang kita dapat adalah seperti dalam video. (ada banyak benda lain yang saya letak tapi hasil utamanya adalah senarai terperinci)
Selamat Mencuba dan Wassalam..

Tuesday, November 13, 2012

MS Access-"Mari Belajar Memasak" Menu Kedua ..Sambungan

Assalamualaikum.. kita berjumpa lagi..
Dalam entry yang lepas kita dah mulakan beberapa langkah seperti berikut..

Langkah 1; Membuat Table
Langkah 2: Memasukkan Data kedalam Table
Langkah 3: Membuat Queries

Langkah seterusnya (Langkah 4) adalah membuat form (Presentation)- supaya lebih menarik dan senang untuk difahami ataupun digunakan.


Langkah 4: Persembahan/Presentation (Menggunakan form dan macro)
Persembahan memerlukan kreativiti walaupun bahan2 telah disediakan lengkap. Biasanya kita kena fikirkan apa yang perlu dipersembahkan dahulu dan apa pula seterusnya apabila database dibuka.
Kita boleh melihat teknik yang dipakai biasanya apabila kita membuka homepage sesuatu laman web adalah lebih kurang seperti berikut.
1. Memaparkan sesuatu yang terkini..
2. Memaparkan beberapa button/tab untuk ke page yang diingini,
3. Memaparkan ringkasan (summary) berkenaan dengan Kategori, Tahun/bulan dan sebagainya.

Ini kalau dalam masakan mungkin dipanggil pembuka selera (appetizer) supaya bila orang yang membuka homepage kita tak terburu2 mencari apa yang diingini..
Berdasarkan konsep di atas dan Queries yang kita telah buat sebelum ini.. saya mencadangkan perkara berikut dimasukkan kedalam homepage (halaman utama) bajet kita.
1. Tajuk Halaman  "Bajet Bulanan"
2. Jumlah Bajet berdasarkan tarikh yang disenaraikan.
3. Button untuk hasilkan senarai baru."New Entry"

Homepage kita akan kelihatan seperti dibawah. (mungkin kena adjust/set  dekat properties untuk mendapatkan hasil yang diingini).

Design View
Form View

Nota:
1. Untuk No 1 dan No 3 saya rasa tiada masalah untuk anda, untuk no 2, caranya adalah sama seperti membuat report dalam entry saya yang sebelumnya. atau boleh refer youtube.
2. Button "New Entry" belum lagi berfungsi sehingga kita assign macro dalam entry yang seterusnya.
3. Jumlah Bajet saya formatkan dia menjadi timbul (raise) untuk tujuan bila kita click dia akan lompat kepada  page lain yang hanya akan memaparkan perincian untuk tarikh senarai yang tertentu sahaja. juga dalam entry yang seterusnya.

Perhatian:
Jika anda ada data yang secukupnya untuk setiap bulan, database anda akan lebih menarik.

Selamat mencuba dan hingga jumpa lagi.. wassalam!



Nota Tambahan;
25 Nov 2012 Sample Table yang digunakan saya telah upload di Facebook
http://www.facebook.com/groups/353653968019858/files/