Tuesday, November 13, 2012

MS Access-"Mari Belajar Memasak" Menu Kedua ..Sambungan

Assalamualaikum.. kita berjumpa lagi..
Dalam entry yang lepas kita dah mulakan beberapa langkah seperti berikut..

Langkah 1; Membuat Table
Langkah 2: Memasukkan Data kedalam Table
Langkah 3: Membuat Queries

Langkah seterusnya (Langkah 4) adalah membuat form (Presentation)- supaya lebih menarik dan senang untuk difahami ataupun digunakan.


Langkah 4: Persembahan/Presentation (Menggunakan form dan macro)
Persembahan memerlukan kreativiti walaupun bahan2 telah disediakan lengkap. Biasanya kita kena fikirkan apa yang perlu dipersembahkan dahulu dan apa pula seterusnya apabila database dibuka.
Kita boleh melihat teknik yang dipakai biasanya apabila kita membuka homepage sesuatu laman web adalah lebih kurang seperti berikut.
1. Memaparkan sesuatu yang terkini..
2. Memaparkan beberapa button/tab untuk ke page yang diingini,
3. Memaparkan ringkasan (summary) berkenaan dengan Kategori, Tahun/bulan dan sebagainya.

Ini kalau dalam masakan mungkin dipanggil pembuka selera (appetizer) supaya bila orang yang membuka homepage kita tak terburu2 mencari apa yang diingini..
Berdasarkan konsep di atas dan Queries yang kita telah buat sebelum ini.. saya mencadangkan perkara berikut dimasukkan kedalam homepage (halaman utama) bajet kita.
1. Tajuk Halaman  "Bajet Bulanan"
2. Jumlah Bajet berdasarkan tarikh yang disenaraikan.
3. Button untuk hasilkan senarai baru."New Entry"

Homepage kita akan kelihatan seperti dibawah. (mungkin kena adjust/set  dekat properties untuk mendapatkan hasil yang diingini).

Design View
Form View

Nota:
1. Untuk No 1 dan No 3 saya rasa tiada masalah untuk anda, untuk no 2, caranya adalah sama seperti membuat report dalam entry saya yang sebelumnya. atau boleh refer youtube.
2. Button "New Entry" belum lagi berfungsi sehingga kita assign macro dalam entry yang seterusnya.
3. Jumlah Bajet saya formatkan dia menjadi timbul (raise) untuk tujuan bila kita click dia akan lompat kepada  page lain yang hanya akan memaparkan perincian untuk tarikh senarai yang tertentu sahaja. juga dalam entry yang seterusnya.

Perhatian:
Jika anda ada data yang secukupnya untuk setiap bulan, database anda akan lebih menarik.

Selamat mencuba dan hingga jumpa lagi.. wassalam!



Nota Tambahan;
25 Nov 2012 Sample Table yang digunakan saya telah upload di Facebook
http://www.facebook.com/groups/353653968019858/files/









No comments:

Post a Comment