Apakah hasilnya database kita yang pertama dengan pembelajaran table, queries, form, report dan macro sebelum ini?
Saya selalu menyatakan kepada anak2 murid saya yang belajar membuat MS Access Database agar menghargai apa yang telah dibuat walaupun hasilnya mungkin tidak seperti yang diharapkan.
Sebabnya adalah mudah supaya kita menghargai usaha yang kita lakukan sebelum ini dan juga bahawa kita ada banyak peluang untuk memperbaiki lagi database kita tadi ketahap yang lebih tinggi.
Caranya dengan cuba merangka (seeloknya tulis atas kertas) apa yang hendak kita capai, atau apa yang kita inginkan dari database kita tadi.
Seperti yang telah saya perkatakan sebelum ini, untuk memasak sesuatu seelok-eloknya kita memikirkan menu apa yang perlu dimasak barulah kita kepasar untuk membeli bahan2 yang diperlukan- bukan pergi kepasar membeli bahan2 yang biasa dan bila balik rumah baru nak fikir menu apa yang hendak dibuat. (Ini kebiasaannya yang dilakukan oleh ramai orang)
Begitu juga dengan contoh database yang telah saya ajar, ia adalah cara yang biasa2 atau kebanyakan orang untuk membuat database. Buka2 MS Access Database-terus buat table-masukkan data-dan baru lepas tu nak fikir queries yang nak dibuat.
Biasa itu tak salah, tapi kalau biasa-biasa saja maknanya kita tidak akan dapat pergi lebih jauh dalam bidang kita. Kita mesti jadi orang yang luarbiasa, maksud saya adalah mudah iaitu lakukan sesuatu mengikut cara yang seelok-eloknya yang orang biasa tak mampu untuk lakukan.
Mungkin saya akan huraikan lebih terperinci di lain kali berkenaan dengan cara2 merencana database. tetapi sebelum itu saya berharap kita membiasakan diri dengan cara yang biasa-biasa tadi sebab ia adalah teramat penting untuk kita menjadi luar biasa-percayalah!.
Baik saya ringkaskan apa yang telah kita dapat dalam database kita adalah.
1. Kita telah dapat membuat satu table bernama "Kptsanperiksa" yang mengandungi maklumat keputusan peperiksaan untuk pelajar yang terlibat.
2. Berdasarkan table "Kptsanperiksa" kita telah membuat beberapa queries yang berkaitan contohnya untuk memaparkan hanya pelajar yang mendapat 8A dalam PMR, bilangan pelajar yang mendapat 5A dalm UPSR dan sebagainya.
3. Kita kemudiannya membuat Form untuk digunapakai semasa menaip masuk rekod keputusan pelajar yang baru (hendak ditambah) kedalam table "Kptsanperiksa".
4. Dengan mengunakan table dan beberapa queries yang telah dibuat, kita kemudiannya membuat satu report agar boleh dicetak kepada komputer dengan paparan WYSIWYG.
5. Akhir sekali, kita telah membuat macro dan menggandingkannya dengan butang2 tertentu pada form Homepage yang kita buat kemudian menjadikan database kita lengkap dengan antaramuka yang senang difahami pengguna. (Pengguna hanya perlu klik pada butang2 yang disediakan untuk mendapat apa yang telah kita buat /design -tidak perlu terkial2 untuk mencari dan membuka table/queries/form/report tertentu)
Dan hasilnya adalah seperti berikut.. tahniah kepada anda yang berjaya sampai ketahap ini..