Setakat ini kita telah berjaya membuat Table, Queries, Form dan Report.. beri tepukan untuk diri anda yang telah berjaya membuat kesemuanya sebab itulah teknik pembelajaran kita mengambil konsep kita belajar dari kehidupan kita.
Kita mula dengan hanya tahu menangis, merangkak, bertatih, berlari dan sampai lah ketahap kita sekarang yang tahu serba serbi.. maknanya kita tidak akan terus berlari selagi kita tak cuba untuk bertatih dulu..
Kita kena ingat yang anak kita bukan sekali bertatih dan terus pandai berjalan, ia adalah proses berkali2, jatuh, luka, sakit,hilang semangat, malas dan sebagainya yang terpaksa ditempuhi sebelum pandai berjalan.
Kali ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan makro- saya ada sentuh makro semasa post saya berkenaan dengan pengenalan, saya repeat lagi disini.
Macros/Event Procedure:
Alatan2 yang berguna untuk memudahkan kerja semasa penyediaan masakan ataupun untuk hidangan. Dalam MS Acces, ini adalah programming yang tak semestinya wajib ada tapi berbaloi untuk digunakan sekiranya kita mengunakan form dalam database kita
Sebenarnya Macro dan Event Procedure adalah perkara yang berbeza dari segi strukturnya tetapi ia mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk mengautomasikan/memudahkan kerja kita semasa kita menggunakakan MS Access ini.
Yang saya kata "Ia berbaloi untuk digunakan sekiranya kita menggunakan form" adalah tepat sekali, nanti saya akan tunjukkan caranya.
Idea ini sebenarnya sama macam apabila kita melayari laman web tertentu, kita akan klik pada tempat2 tertentu (button ka, tab ka, hyperlink ka, iklan ka..) kita akan dipaparkan sesuatu yang baru seperti apa yang telah diprogramkan pada tempat kita klik tadi. Istilah yang saya pakai semasa memberi training adalah istilah "terbang" atau "lompat" dimana kita akan terbang/melompat dari satu view kepada view lain hanya dengan 1 klik pada butang tertentu yang kita telah assignkan macro yang tertentu. Ini diibaratkan bekerja macam Superman yang dapat melakukan apa saja dalam masa yang singkat.
Perkara yang sama boleh dilakukan didalam MS Access dengan mengunakan kombinasi form, macro, report, table dan queries.
Dengan menggunakan database yang kita buat sebelum ini "Kptsan periksa", kita secara ringkasnya boleh memulakan perancangan untuk mengautomasikan database kita seperti berikut.
- Kita akan membuat satu form bernama main page atau halaman utama.
- didalam form ini kita tuliskan apa nama database kita yang kita suka tetapi mestilah berkaitan dengan apa yang ada didalamnya.
- didalam form ini juga kita akan reka beberapa butang (button) yang kita assignkan nanti dengan makro. Contoh nama butang "Senarai Penuh", "Ringkasan Mengikut Keturunan", "Ringkasan mengikut kelulusan", "Report" dan sebagainya.
Secara rangkanya form kita akan menjadi seperti dibawah;
Kita telah berjaya membuat form halaman utama-tetapi butang yang kita sediakan tadi belum dapat melakukan aksi terbang yang kita inginkan sebabnya kita belum assignkan macro keatas setiap butang tadi.
Saya akan ajar kemudian bagaimana mahu membuat macro..
Wassalam
- Kita akan membuat satu form bernama main page atau halaman utama.
- didalam form ini kita tuliskan apa nama database kita yang kita suka tetapi mestilah berkaitan dengan apa yang ada didalamnya.
- didalam form ini juga kita akan reka beberapa butang (button) yang kita assignkan nanti dengan makro. Contoh nama butang "Senarai Penuh", "Ringkasan Mengikut Keturunan", "Ringkasan mengikut kelulusan", "Report" dan sebagainya.
Secara rangkanya form kita akan menjadi seperti dibawah;
View: Form View |
View: Design View |
Saya akan ajar kemudian bagaimana mahu membuat macro..
Wassalam
Nota Tambahan;
25 Nov 2012 Sample Table yang digunakan saya telah upload di Facebook
No comments:
Post a Comment