Adakah anda bersedia untuk mencuba memulakan MS Access? (Selepas ni di Sebut "Access" Sahaja.
Disini saya cuba membimbing anda untuk membuat Access Database daripada tidak tahu apa2 kepada berjaya memahami struktur Acces dan seterusnya berjaya mebuat database yang lengkap secara berperingkat.
Kata orang Kelantan "From Zero to Hero"
Anda ada pilihan samada menggunakan template yang telah disediakan ataupun anda kena bermula dari kosong (New Blank Database).
Seperti yang dinyatakan tadi saya akan membimbing orang yang tak tahu apa2 tentang MS , jadi kita akan mulakan dengan Make New Database.
Asalnya blog ini dibuat menggunakan MS Access 2007, Version Terkini adalah Access 2013, tapi untuk tutorial ini saya akan menggunakan MS Access 2010. Ada sedikit sebanyak perbezaan antara version ini bukan setakat antara muka (interface) seperti susunan menu dan arahan, permulaan bila lancarkan sofware pun akan berbeza,InsyaALlah kalau sudah dapat memahai struktur MS Acces dengan baik rasanya tiada masalah..
Baik kita mula dengan melancarkan Access DB dari Menu (Komputer Saya menggunakan Windows 7)
Jadi masuklah nama yang bersesuaian, contoh kalau data base kita untuk simpan maklumat peribadi namakanlah dia Maklumat Peribadi Database, ataupun Personal Database. Ataupun kalau database untuk rekod Defect Rekod dan Jenis2 Defect2 Namakan lah dia Defect Database. Perlu diingatkan yang tida peraturan khusus untuk nama database so pandai2 lah sendiri untuk menamakannya degan nama yang anda suka.
Dan setelah anda masukkan nama yang bersesuaian – tekan butan “Create” dan anda akan dapat melihat skrin seakan MS Excell. Barulah anda dah dapat menaip… tapi nak taip apa? Kat mana?
Untuk pengetahuan apa yang dipaparkan pada skrin yang sebelah kiri adalah Table (Default Nama Table tu adalah “Table 1”) dan pada disebelah kanan adalah kandungan dalam “Table 1” tadi. Seperti yang saya kat tadi Table ni memang seakan MS Excell tetapi ia mempunyai kelebihan jauh daripada MS Excell.
So sebelum pergi lebih lanjut kita wajib mengetahui apa elemen2 penting dalam MS Access Database. Elemen2 itu adalah.
- Table
- Queries
- Form
- Report
- Macros/Event Procedure
Dalam saya menerangkan elemen2 diatas, untuk lebih senang diingat kepentingan/kewujudannya saya mengumpamakannya dalam penyedian makanan atau masakan.
Table:
Table adalah elemen yang paling penting, dimana jika tiada table maka tiadalah database. Ia diumpamakan sebagai bahan mentah yang perlu disediakan sebelum proses menyediakan sesuatu masakan. Formulanya bahannya mesti bermutu tinggi (tidak cacat, tidak busuk) dan mesti terdiri dari pelbagai jenis (Gula, garam, ayam, udang, belacan cili, dan sebagainya).
Begitu juga dengan Table, datanya mestilah bermutu tinggi (jelas samaada data itu adalah sejenis nombor, atau tarikh ataupun text dan sebagainya) dan juga pelbagai jenis data yang berkataitan contohnya kalau data tadi untuk maklumat peribadi kita perlukan berkenaan dengan Nama, Alamat, No Telefon Pejabat, No Tel H/P, Tarikh Lahir, Pekerjaan, Status, Jantina dan sebagainya yang bersesuaian mengikut keperluan.
Queries:
Queries adalah sesuatu yang jugak teramat penting. Bila kita kaitkan dengan masakan, ia adalah jenis masakan/menu yang akan disediakan. Jenis Masakan tadi sudah semestinyalah hanya menggunakan bahan mentah yang telah dipilih seperti ayam, minyak, udang, garam dan sebagainya. Sebagai satu contoh paling senang dengan adanya bawang, minyak, ayam, garam chili kita sudah boleh memasak 1. Bawang Goreng atau 2. Ayam Goreng atau 3. Ayam Goreng Pedas. Apa yang kita tak boleh buat adalah Kari ayam mahupun Udang Tenpura sebab kita tidak menyediakan udang ataupun kari dalam bahan2 kita.
Jadi Queries disini diringkaskan kepada apa yang kita cuba"masak" dengan data yang kita ada tadi. Contohnya kalau kita ada data berkenaan dengan No Tel H/P, Pekerjaan dan Status kita boleh buat statistic 1. Status jumlah orang bujang berbanding yang berkahwin atau 2. Berapa ramaikah yang No Tel dia bermula dengan 012, 017, 016 atau 3. Jenis Pekerjaan yang paling popular dan sebagainya. Maklumat ini adalah sangat penting kepada orang2 tertentu untuk mengetahui trend dan langkah yang patus diambil seterusnya.
Jadi kalau tanpa nilai tambah ke atas bahan2 mentah kita ada tadi, maknanya kita akan hanya dapat menghidangkan bahan2 mentah itu sendiri. dan sudah semestinya tiada orang yang berminat untuk melihatnya.
Cuba tanya member sebelah, mu nak make ka ayam mentah? Tapi orang Jepun Mungkin tiada masalah dengan ikan atau udang mentah...
Untuk lebih terperinci berkenaan dengan MS Access Pengenalan boleh lah download pdf file kat laman web dibawah
Jumpa Lagi Nanti...
No comments:
Post a Comment