Monday, January 16, 2012

MS Access: Persembahan (Presentation)-FORM

Assalamualaikum!

Kita masih lagi menggunakan bahan2 yang sama seperti sebelum ini, dan kita juga telah memasak pelbagai menu meggunakan bahan2 tadi dan tiba masanya untuk kita persembahkan untuk santapan orang ramai atau tetamu kita.

Harus diingat, tetamu atau pelanggan kita ada pelbagai kerenah dan citarasa, jadi kita mesti memastikan menu kita adalah yang terbaeek dan persembahan yang tip-top sepadan dengan rasa.

Baiklah maknanya disini kita bercakap mengenai form dan report.

Apa yang seharusnya kita boleh fikirkan dan senaraikan  untuk persembahan kita contohnya adalah seperti berikut;

1. Form untuk memasukkan (Key-In) Data Baru atau Edit data yang sedia ada.
2. Report untuk kita memaparkan Keputusan atau rumusan dalam bentuk yang mudah difahami
3. Butang (Button) di mana apabila kita klik kepada butang tertentu kita akan dapat sesuatu yang sperti kita programkan (lompat ke situ lompat ke sini macam melayari internet)

Senarai di atas ada yang sudah jelas dan ada lagi yang masih samar2 macammana untuk melakukannya.

Baiklah Mari kita lihat satu persatu secara lebih mendalam.

1. Form untuk memasukkan (Key-In) Data Baru atau Edit data yang sedia ada.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sekarang kita bercakap mengenai "persembahan" dimana kita mengolah benda yang sudah ada kedalam bentuk baru yang lebih menarik walhal isi kandungannya masih sama. Maksudnya kita cuba memasukkan data dengan paparan form yang lebih menarik berbanding memasukkan data dengan table datasheet view yang membosankan walhal datanya masih sama.

Membuat form adalah teramat mudah dengan mengikuti 3 langkah dibawah.

Pertama: Klik pada Table "Kptsan Periksa" (Pastikan hanya satu klik- bukan Double Click OK!)
Kedua:  Klik Pada Ribbon "Create"
Ketiga: Klik pada form


dan form anda akan terbentuk dalam sekelip mata- sungguh senang. anda boleh klik pada butang navigation yang berada dibawah untuk mengedit data2 yang lain ataupun jika anda ingin menambah data baru anda boleh klik pada simbol play star (*).
Mungkin ada yang sudah berpuas hati dengan apa yang telah dibuat tetapi ramai juga yang mungkin ingin mengubahsuai sesuatu supaya ia lebih menarik untuk dipersembahkan contohnya, menukar font atau saiz font, atau menukar warna latar belakang kepada warna yang digemari dan sebagainya-itu semua terserah kepada kreativiti masing2.

Sama dengan Table, mahupun queries, apabila kita bercakap untuk menukar sesuatu (Design) kita hendaklah tukar view kita kepada design view dan barulah kita dapat edit for kita tadi dan cuba ubah seperti yang kita kehendaki.

Saya edit beberapa perkara seperti menukar Font kepada Arial, menukar warna latar belakang, mengubah Tajuk, melaraskan luas Field dan sebagainya dan akhirnya form saya akan menjadi seperti berikut.


Jadi kita telah berjaya untuk membuat form dan ia semestinya lebih menarik untuk memasukkan data berbanding dengan table asal.

Wassalam dan selamat mencuba.. kita sambung lagi lain masa

No comments:

Post a Comment