Assalamualaikum....
Saya nak sentuh sedikit tentang Data Type semasa kita membuat Table dalam access.
Contoh2 Data Type yang ada dalam MS Acces seperti Text, Autonumber, Number, Date and Time, Memo dan beberapa jenis lagi.
Persoalannya kenapa kita "mesti" mengkategorikan data2 yang akan kita simpan nanti kepada kepada kategori atau type yang tertentu dan jawapannya pula adalah amat mudah iaitu dengan pengkategorian ini ia akan memudahkan kita kemudian samada semasa merekodkan data ataupun semasa menganalis data dikemudian hari.
Ada Pantun Melayu Berbunyi;
"Berakit-rakit kehulu berenang-renang ketepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian"
Bersakit2 disini memang jelas dan nyata ialah berkenaan kita terpaksa memberikan komitmen yang tinggi untuk kesenangan dimasa hadapan. Maknanya kalau kita main2 atau ikut "shortcut" (ikut senang ) saja mungkin selama-lamanya kita tak akan kemana...
OK berbalik pada Data Type tadi, kita boleh umpamakan kalau kita menyimpan barang2 tertentu ikut kategori yang telah kita tentukan dari awal- contohnya kalau di rumah kita simpan kasut dan berkaitan dengannya dalam almari kasut, baju dalam almari baju, barang2 untuk bertukang dalam Tool Box, Barang2 untuk memasak dalam kabinet Dapur dan sebagainya. Perkara pertama yang kita dapat menafaat dengannya adalah senang untuk kita mencari apabila diperlukan- Tapi sebaliknya kita ikut main masuk aje barang tadi kat mana-mana tempat ikut kita suka maknanya susah lah kita nak mencarinya nanti apabila diperlukan.
Kita dah buang masa untuk mencari, lepas tu tak jumpa, kita mungkin akan pinjam dengan orang sebelah ataupun terpaksa membeli yang baru..
dibawah saya terangkan serba sedikit berkenaan jenis2 data dan contoh2 rekod yang bersesuaian untuk digunakan berdasarkan MS Acess 2007.
Saya ingatkan sekali lagi disini, dengan penggunaan jenis data yang betul untuk merekodkan data tertentu ia akan memberi makna yang besar kepada database kita.
Selamat mencuba.. jumpa lagi dan Wassalam.
No comments:
Post a Comment