Saturday, November 24, 2012

Sampel Table (Raw Material) untuk di download di Facebook

Assalamualaikum..

Saya telah memuat naik sample database yang bernama SampleData.accdb di Facebook sepeti alamat dibawah. (Ia boleh dimuat turun dan diedarkan secara percuma)

http://www.facebook.com/groups/353653968019858/files/



File ini mengandungi beberapa sampel Table (data) berasaskan MS Access 2007. Ia boleh digunakan untuk praktikal semasa mempelajari cara2 membuat MS Access Database dalam Blog Saya ini.

Perlu diingatkan, segala informasi berkenaan nama dan angka didalam data ini adalah khayalan semata2 dan juga sekiranya ada apa2 musibah yang berlaku dengan penggunaan data ini pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab.

Jadi bahan2 mentah sudah tersedia, apa menu chef nak masak untuk hari ni?

Selamat mencuba.

Wassalam..

Tuesday, November 13, 2012

MS Access-"Mari Belajar Memasak" Menu Kedua ..Sambungan

Assalamualaikum.. kita berjumpa lagi..
Dalam entry yang lepas kita dah mulakan beberapa langkah seperti berikut..

Langkah 1; Membuat Table
Langkah 2: Memasukkan Data kedalam Table
Langkah 3: Membuat Queries

Langkah seterusnya (Langkah 4) adalah membuat form (Presentation)- supaya lebih menarik dan senang untuk difahami ataupun digunakan.


Langkah 4: Persembahan/Presentation (Menggunakan form dan macro)
Persembahan memerlukan kreativiti walaupun bahan2 telah disediakan lengkap. Biasanya kita kena fikirkan apa yang perlu dipersembahkan dahulu dan apa pula seterusnya apabila database dibuka.
Kita boleh melihat teknik yang dipakai biasanya apabila kita membuka homepage sesuatu laman web adalah lebih kurang seperti berikut.
1. Memaparkan sesuatu yang terkini..
2. Memaparkan beberapa button/tab untuk ke page yang diingini,
3. Memaparkan ringkasan (summary) berkenaan dengan Kategori, Tahun/bulan dan sebagainya.

Ini kalau dalam masakan mungkin dipanggil pembuka selera (appetizer) supaya bila orang yang membuka homepage kita tak terburu2 mencari apa yang diingini..
Berdasarkan konsep di atas dan Queries yang kita telah buat sebelum ini.. saya mencadangkan perkara berikut dimasukkan kedalam homepage (halaman utama) bajet kita.
1. Tajuk Halaman  "Bajet Bulanan"
2. Jumlah Bajet berdasarkan tarikh yang disenaraikan.
3. Button untuk hasilkan senarai baru."New Entry"

Homepage kita akan kelihatan seperti dibawah. (mungkin kena adjust/set  dekat properties untuk mendapatkan hasil yang diingini).

Design View
Form View

Nota:
1. Untuk No 1 dan No 3 saya rasa tiada masalah untuk anda, untuk no 2, caranya adalah sama seperti membuat report dalam entry saya yang sebelumnya. atau boleh refer youtube.
2. Button "New Entry" belum lagi berfungsi sehingga kita assign macro dalam entry yang seterusnya.
3. Jumlah Bajet saya formatkan dia menjadi timbul (raise) untuk tujuan bila kita click dia akan lompat kepada  page lain yang hanya akan memaparkan perincian untuk tarikh senarai yang tertentu sahaja. juga dalam entry yang seterusnya.

Perhatian:
Jika anda ada data yang secukupnya untuk setiap bulan, database anda akan lebih menarik.

Selamat mencuba dan hingga jumpa lagi.. wassalam!



Nota Tambahan;
25 Nov 2012 Sample Table yang digunakan saya telah upload di Facebook
http://www.facebook.com/groups/353653968019858/files/









Wednesday, November 7, 2012

MS Access Tip - Table Data Type (Jenis Data)

Assalamualaikum....

Saya nak sentuh sedikit tentang Data Type semasa kita membuat Table dalam access.
Contoh2 Data Type yang ada dalam MS Acces seperti Text, Autonumber, Number, Date and Time, Memo dan beberapa jenis lagi.
Persoalannya kenapa kita "mesti" mengkategorikan data2 yang akan kita simpan nanti kepada kepada kategori atau type yang tertentu dan jawapannya pula adalah amat mudah iaitu dengan pengkategorian ini ia akan memudahkan kita kemudian samada semasa merekodkan data ataupun semasa menganalis data dikemudian hari.


Ada Pantun Melayu Berbunyi;

"Berakit-rakit kehulu berenang-renang ketepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian"

Bersakit2 disini memang jelas dan nyata ialah berkenaan kita terpaksa memberikan komitmen yang tinggi untuk kesenangan dimasa hadapan. Maknanya kalau kita main2 atau ikut "shortcut" (ikut senang ) saja mungkin selama-lamanya kita tak akan kemana...

OK berbalik pada Data Type tadi, kita boleh umpamakan kalau kita menyimpan barang2 tertentu ikut kategori yang telah kita tentukan dari awal- contohnya kalau di rumah kita simpan kasut dan berkaitan dengannya dalam almari kasut, baju dalam almari baju, barang2 untuk bertukang dalam Tool Box, Barang2 untuk memasak dalam kabinet Dapur dan sebagainya. Perkara pertama yang kita dapat menafaat dengannya adalah senang untuk kita mencari apabila diperlukan- Tapi sebaliknya kita ikut main masuk aje barang tadi kat mana-mana tempat ikut kita suka maknanya susah lah kita nak mencarinya nanti apabila diperlukan.
Kita dah buang masa untuk mencari, lepas tu tak jumpa, kita mungkin akan pinjam dengan orang sebelah ataupun terpaksa membeli yang baru..

dibawah saya terangkan serba sedikit berkenaan jenis2 data dan contoh2 rekod yang bersesuaian untuk digunakan berdasarkan MS Acess 2007.

Saya ingatkan sekali lagi disini, dengan penggunaan jenis data yang betul untuk merekodkan data tertentu ia akan memberi makna yang besar kepada database kita.
Selamat mencuba.. jumpa lagi dan Wassalam.