Sunday, January 15, 2012
Bahan Terhad, Pelbagai Menu - Chef Yang Hebat
Assalamualaikum.. Jumpa Lagi..
Sebelum saya teruskan menulis, pernahkah anda melihat Rancangan Pertandingan Masakan dari Jepun yang dikenali sebagai "Iron Chef".
Secara ringkasnya pertandingan ini adalah antara "Iron Chef" iaitu Chef yang terhebat yang dipilih dengan seorang Chef pencabar secara 1 lawan 1.
Mereka dikehendaki memasak masakan menggunakan 1 bahan utama yang telah ditentukan pada hari tersebut. Contohnya Ikan Salmon.
Chef tadi mestilah menyediakan masakan yang mengandungi ikan salmon tadi dalam kesemua jenis masakannya. Chef boleh menggunakan bahan2 asas yang lain seperti sayur, tepung dan sebagainya untuk menghasilkan pelbagai masakan mengikut kreativiti masing2.
Masakannya tadi akan dinilai oleh Juri dan siapa yang tinggi markahnya dari segi rasa, kreativiti, persembahan akan menang dan sudah semestinya yang selalu menang adalah "Iron Chef".
OK, apa pula kaitan dengan MS Access? Seperti yang sebutkan sebelum ini, kalau table itu diibaratkan bahan2 mentah dan queries pulak menu atau masakan yang akan kita sediakan. Maknanya dengan pelbagai rekod yang kita ada dalam table tadi kita boleh membuat perlbagai queries untuk kegunaan kita sendiri ataupun orang lain.
Masih tak faham apa yang saya nak sampaikan.?
Ambil contoh kalau kita ada bahan mentah seperti bawang, tepung, ayam, minyak, halia, telur dan kunyit. Senarai masakan yang kita dapat hasilkan adalah seperti berikut.
1. Bawang Goreng
2. Ayam Goreng Halia
3. Ayam Goreng Kunyit
4. Telur Dadar
5. Ayam Goreng Bersalut Tepung
6. Cekodok Bawang
dan kalau Chef Wan pula mungkin dapat tambah lagi beberapa menu mungkin seperti dibawah
7. Ayam Bakar sumbat telur rebus(betul ka ni?)
8. Dada ayam goreng berbungkus telur dadar
9. Colek Kaki Ayam
So berbalik dengan rekod yang kita ada seperti dalam entry yang lalu, kita boleh membuat beberapa queries seperti di bawah.
1. Senarai Pelajar yang Mengambil SPM
2. Senarai Pelajar Perempuan yang Dapat 5A dalam UPSR
3. Bilangan Pelajar yang mendapat 8A dalam PMR
4. Bilangan Pelajar Cina didalam senarai peperiksaan
dan pelbagai lagi mengikut kreativiti masing2.
Cara nak membuatnya saya akan tunjukkkan nanti..atau tuan puan boleh cuba dulu..
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment