Assalamualaikum semua dan diucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban kepada muslimin dan muslimat.
Saya sambung sedikit lagi daripada postminggu lepas..
Form:
Jika table bersamaan dengan bahan mentah dan queries bersamaan dengan jenis masakan maka apa pulak nak dikiaskan dengan form? Dalam masakan, yang tak kurang pentingnya adalah bagaimana penyediaan makanan dan bagaimana ia dihidangkan kepada orang yang akan memakannya nanti. Dalam penyediaan hidangan tadi mungkin rasa akan berbeza antara bawang atau lada yang ditumbuk dengan yang dicincang mahupun yang dikisar. Mungkin juga rasa masakan berbeza kalau menggunakan periuk tanah atau periuk aluminium atau periuk bertekanan tinggi.
Begitu jugak dengan form, walaupun kalau di Bahasa Malaysia kan dia bersamaan dengan borang. Tapi “borang” ini amat penting untuk membantu dalam memasukkan rekod/data kedalam dalatabase dan bukan setakat itu saja, ,form ini boleh digunakan untuk mempersembahkan rumusan ataupun data yang ada secara terperinci.uk tanah berbanding periuk besi, mungkin tak sama kalau bakar ikan atas besi dapur berbanding dengan bakar atas bara tempurung.
Secara ringkasnya form ini akan membantu anda menyimpan atau mempersembahkan rumusan dalam bentuk yang mesra pengguna.
Report:
Apabila masakan sudah siap, macammana hidangan akan dipersembahkan juga amat penting. Walaupun makanan mungkin kurang sedap, tapi kena dengan gaya hidangan paling kurang orang akan cuba merasainya. Report disini mempunyai sedikit ciri2 form. Dan yang paling ringkasnya sepeti
namanya yang Jelas "Report" bermaksud laporan. Ia adalah dalam bentuk yang dibuat untuk dicetak ataupun untuk paparan diskrin sahaja.
Macros/Event Procedure:
Alatan2 yang berguna untuk memudahkan kerja semasa penyediaan masakan ataupun untuk hidangan. Dalam MS Acces, ini adalah programming yang tak semestinya wajib ada tapi berbaloi untuk digunakan sekiranya kita mengunakan form dalam database kita
Element Yang Terakhir- Tukang Masak:
Ok dalam penyediaan hidangan tadi - walaupun segala bahan mentah, alat-alatan yang bersesuaian ada, apakah lagi element yang paling penting untuk menyediakan masakan yang lazat dan menyelerakan?- tak lain dan tak bukan adalah "Chef" atau Tukang Masak tu sendiri. Bila kita sebut "Chef" disini, maksudnya seseorang yang akan memasak perlulah paling kurang memahami asas2 memasak yang mencukupi, bukan main ikut sedap saja conohnya kalau nak masak rendang ayam mesti kena tahu apa bahan2 yang perlu disediakan seperti ayam, santan, kerisek, serai,daun kunyit dan sebagainya... Begitu jugak dengan anda yang akan membuat database nanti perlulah mengetahui terperinci berkenaan dengan perkara2 asas berkenaan Table, Queries, Form, Report dan sebagainya..
Kalau anda seorang yang minat memasak, mungkin tiada masalah untuk belajar memasak...
Setakat mana minat anda dengan database mungkin bergantung kepada soalan sejauh mana anda mahu pergi dari sekarang?
masih mahu mengekalkan cara sekarang? atau
Aku perlu berubah dan mesti pergi lebih jauh..
Tanya2lah diri dan kawan2 sekeliling...
No comments:
Post a Comment