Sunday, January 15, 2012

MS Access: "Mari Belajar Memasak"-Menu Pertama (Sambungan)


Assalamualaikum..
Jumpa lagi! anda dah bersedia untuk memasak? Mula2 mari kita tengok balik apa yang kita ada untuk  masak:

1. Menu Kita (Dalam Kepala atau seeloknya  tulis atas kertas)

"Senarai Pelajar Lelaki Melayu yang Mendapat 5A dalam UPSR 2011" 

2. Senarai Bahan-bahannya yang hendak disediakan (Seperti Dalam Table Design View)


1. Nama Pelajar
2. Jantina 
3. Keturunan 
4. Kelulusan 
5. Peperiksaan 
6. Tahun   













3. Bahan2 yang telah disediakan (rekod senarai pelajar dan kelulusan seperti yang kita senaraikan -kita beli sikit saja (rekod yang kita masukkan) untuk cuba masak takut tak jadi nanti kan rugi)














Maknanya sekarang2 kita dah boleh mula memasak. Anda mungkin bertanya mana alat-alatan untuk memasak seperti kuali ka, sudip ka, blender ka - itu kita kira sudah tersedia sebab pokai la kalau setiap kali nak masak kena beli semua benda tu..
Cara nak memasak (Queries) step by step boleh didapati dalam link yang sama dalam entry sebelumnya. Anda kena  masukkan semua bahan2 tadi (6 senarai)- kalau tak masakan (menu) kita tak lengkap-atau silap2 tak menjadi langsung.

Queries anda akan kelihatan seperti dibawah- kalau tak dapat delete balik query tu, baca bahan rujukan tadi dan cuba lagi. Tak dapat jugak call saya 0123456789 (sure ada jawapan punye!)





Ini bentuk Queries Dalam Design View
Nota: Belah atas tu adalah senarai field (bahan2) yang terdapat dalam table. dan sebelah bawah pulak adalah field(bahan2) yang hendak digunakan dalam pembuatan queries kita.



Ini pulak Queries bila kita Run (!) ataupun dalam datasheet view.
Nota: kita masih belum dapat apa yang kita hendak tadi sebab kita belum set apa2 kriteria pun lagi. Senarai yang dipaparkan sekarang sekarang adalah sama macam Table (bahan2 mentah) tadi- masih boring?!







Berbalik kepada queries yang kita mahukan tadi..kita perlu setkan kriterianya terlebih dahulu dalam Design View Queries Tadi. Bagaimana caranya adalah teramat-amat senang- cuba tengok apa yang kita mahu seperti dibawah. Cuba kenal pasti kata kuncinya (keyword)
"Senarai Pelajar Lelaki Melayu yang Mendapat 5A dalam UPSR  2011"
Kata kuncinya Adalah;
Lelaki   = Jantina
Melayu = Keturunan
5A        = Kelulusan
UPSR   = Peperiksaan
2011    = Tahun
So langkah seterusnya adalah memasukkan (menaip) semua kata kunci tadi kedalam ruang kriteria mengikut field masing2  dalam  design view seperti dibawah;

Dah berjaya membuat seperti diatas anda akan mendapat senarai yang dikehendaki seperti dibawah (hanya seorang saja yang memenuhi kriteria). Tak percaya? cubalah check sendiri satu persatu dalam table..

kalau anda berjaya, tahniah sebab anda telah berjaya "memasak menu pertama", rasanya dah ada, tapi dari segi persembahan atau masa yang diambil.. jangan la berkira sangat untuk kali ini..

Sebelum mengundur diri,saya ingin bertanya, bolehkah kita memasak menu lain selain diatas dengan menggunakan bahan2 yang sama yang kita telah sediakan?
Jawapannya  mestilah Ya dan disitulah pentingnya kreativiti seorang Chef...

Jumpa Lagi.. Wassalam..


Nota Tambahan;
25 Nov 2012 Sample Table yang digunakan saya telah upload di Facebook

No comments:

Post a Comment